AGENDANASIONAL

UPM melonjak 20 anak tangga, duduki 123 universiti terbaik dunia

PUTRAJAYA, 9 JUN: Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melonjak 20 anak tangga untuk tersenarai pada kedudukan ke-123 universiti terbaik dunia dalam penarafan QS World University Rankings 2023, kata Naib Canselor UPM Profesor Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman.

Beliau berkata kedudukan itu juga menjadikan ia sebagai universiti kedua terbaik di negara ini selepas Universiti Malaya.

Penarafan itu dibuat berdasarkan empat indikator iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah staf akademik dengan pelajar serta peratus pelajar antarabangsa.

“Indikator pelajar antarabangsa dilihat sebagai kekuatan utama UPM apabila menduduki tempat ke-99 di dunia,” kata Mohd Roslan dalam satu kenyataan berhubung kedudukan ranking terbaharu universiti itu hari ini.

-BERNAMA


Pengarang :