Peserta mendengar taklimat disampaikan ketika Jelajah Usahawan Digital Selangor 2020 di Bukit Raja, Klang pada 22 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Usahawan tempatan dipelawa sertai jelajah digital di DUN Permatang pada Ogos ini

SHAH ALAM, 23 JUN: Usahawan di sekitar daerah Kuala Selangor dipelawa menyertai Jelajah Usahawan Digital Selangor (JUDS) yang bakal dianjurkan Ogos depan.

Wakil rakyat Permatang, Rozana Zainal Abidin berkata pihaknya kini sedang berbincang dengan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berhubung siri jelajah tersebut.

“Jelajah usahawan ini adalah peluang kepada peniaga untuk mengembangkan perniagaan sekaligus mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat khusus untuk anak muda dan suri rumah.

“Kita sasar 200 usahawan akan menyertai jelajah digital ini. Jadi, jangan lepaskan peluang ini kerana kita bawa rakan kerja untuk berkongsi maklumat,” katanya kepada Selangorkini.

Jelajah usahawan ini diperkenalkan sejak tahun 2020 dan ia akan berkunjung ke semua daerah sehingga September ini.

Program anjuran Sidec itu adalah instrumen penting bagi membantu usahawan menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih mudah dan pantas.

Jelajah ini turut mendapat kerjasama sembilan rakan kerja iaitu PG Mall, EasyStore, Dropee, Lazada, J&T, Yayasan Hijrah Selangor, SELDEC, SSM dan Shopee.


Pengarang :