Petugas kesihatan mengambil sampel darah peserta program Selangor Saring di Dewan MPAJ Lembah Jaya, Ampang pada 11 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat perlu kreatif, tarik penduduk sertai Selangor Saring

KUALA SELANGOR, 12 JUN: Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (Selphac) menyarankan wakil rakyat supaya kreatif ketika menganjurkan program pemeriksaan kesihatan Selangor Saring.

Ahlinya Dr Mohammad Farhan berkata inisiatif dapat mempengaruhi kehadiran penduduk sekali gus membantu masyarakat mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

“Contohnya untuk DUN Permatang. Wakil rakyatnya turut membuka kaunter melibatkan beberapa agensi Kerajaan Negeri bagi menghebahkan insentif yang layak untuk penduduk.

“Tindakan ini menyebabkan ramai penduduk datang. Dalam tempoh sejam, kita sudah terima lebih 100 penyertaan dan kita jangka ramai lagi akan datang periksa kesihatan,” katanya.

Beliau ditemui di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Tiram Jaya, di sini sempena program kesihatan percuma DUN Permatang dan Sungai Burong.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :