Wany Hasrita bakal memeriahkan program Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor pada Sabtu ini. Foto Facebook Wany Hasrita
AGENDABERITA UTAMA

Wany Hasrita di Stadium Utama Kuala Selangor 2 Julai

SHAH ALAM, 29 JUN: Artis terkenal Wany Hasrita bakal mengadakan persembahan dalam program Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor pada 2 Julai.

Selain Penyanyi Wanita Popular pada 2018 yang sinonim dengan lagu Menahan Rindu dan Belenggu Rindu, kumpulan Mr X Buskers turut menghiburkan orang ramai dalam program anjuran Kerajaan Negeri itu.

Pelbagai acara turut diatur bagi memeriahkan jelajah tersebut antaranya senamrobik, sukan rakyat, e-sukan, derma darah, cabutan bertuah dan pameran inisiatif untuk rakyat.

Pemeriksaan kesihatan percuma, simbolik penyerahan bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Selangor, bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor juga dijalankan.

Program bagi memperkenal skim baharu atau ditambah baik yang bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bermula 8 pagi hingga 5.30 petang.

Bantuan berkenaan disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) supaya lebih ramai memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.


Pengarang :