Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis bercakap kepada media ketika melakukan kunjungan bagi rancangan penubuhan Serve Elit di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Shah Alam pada 24 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Warga Indonesia tertimbus paras pinggang ketika kerja baiki paip

CYBERJAYA, 29 JUN: Seorang lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas apabila separuh badannya tertimbus dalam lubang ketika melakukan kerja pembaikan paip di Laman View Cyberjaya , sini, petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata ketika kejadian, mangsa, Samsul Maarif, 43, sedang menjalankan kerja pembaikan paip di dalam lubang yang digali sedalam 3.04 meter.

“Ketika sedang membuat kerja pembaikan itu, secara tiba-tiba tanah yang digali telah runtuh lalu menimbusi sebahagian badan mangsa dari paras pinggang dan ke bawah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norazam berkata bomba yang tiba di tempat kejadian pada jam 2.16 petang, tidak membuat sebarang penyelamatan kerana mangsa telah dikeluarkan oleh rakan sekerja sebelum pihak bomba sampai.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan dan pendarahan di mulut telah diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.

-BERNAMA


Pengarang :