Program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) di sekitar kawasan Pelabuhan Klang pada 25 Mei 2022. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Zakat Selangor terus jejak asnaf, daftar 40 keluarga di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 30 JUN: Program Skuad Jejak Kemiskinan Lembaga Zakat Selangor (LZS) diteruskan ke Pelabuhan Klang bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Menerusi program itu, LZS memaklumkan lebih 40 buah keluarga asnaf baharu berjaya didaftarkan pada 25 Mei lalu.

Selain itu, seramai 25 keluarga asnaf sedia ada juga berjaya mengemaskini maklumat mereka.

“Program ini adalah jaringan kerjasama diantara LZS daerah Klang bersama dengan Penolong Amil Kariah Masjid Samadiah Pelabuhan Klang.

“Insya-Allah program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya menerusi Facebook.

Agensi itu turut mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat dan memaklumkan program skuad tersebut akan diteruskan daripada semasa ke semasa.


Pengarang :