Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei pada sidang media kerjasama Kumpool dan DUN Kampung Tunku di Petaling Jaya pada 9 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

1,186 warga emas Kampung Tunku boleh tebus baucar beli-belah

SHAH ALAM, 18 JULAI: Seramai 1,186 peserta Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku boleh menebus baucar itu mulai hari ini.

Wakil rakyatnya Lim Yi Wei berkata penerima boleh menebusnya di pusat khidmat masyarakat (PKM) DUN Kampung Tunku sehingga 20 Julai ini.

“Penebusan ini adalah untuk pemohon yang lahir mulai Mei hingga Ogos dan mereka boleh hadir ke PKM pada 10 pagi hingga 4 petang.

“Kemudian mereka boleh membeli-belah di Pasaraya Giant Kelana Jaya. Semoga inisiatif diberi Kerajaan Negeri ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima,” katanya kepada SelangorKini.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat boleh hubungi PKM DUN Kampung Tunku menerusi talian 03-7954 4724.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar beli-belah dan khairat kematian.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk sebanyak RM27.5 juta bagi kelangsungan program tahun ini.


Pengarang :