Wakil rakyat Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong (tengah) bergambar bersama sebahagian pekerja ladang di Bukit Tagar, Hulu Selangor yang menerima bantuan bakul makanan pada 21 Julai 2022. Foto Facebook LEE KEE HIONG
ADNSELANGOR

120 keluarga dapat bakul makanan, ringan beban kenaikan harga barang

SHAH ALAM, 23 JULAI: Seramai 120 keluarga di Ladang Nigel Gardner, Bukit Tagar menerima bantuan bakul makanan daripada wakil rakyat Kuala Kubu Bharu pada 21 Julai.

Lee Kee Hiong berkata bantuan itu dihulur bagi menampung kos sara hidup pekerja ladang berkenaan susulan kenaikan harga barangan di pasaran.

“Saya tanya mereka adakah gaji naik dan mereka jawab ada, tetapi masih tidak cukup bagi menampung perbelanjaan kerana harga barang melonjak.

“Ini adalah kisah hidup pekerja di ladang. Walaupun mereka gembira ketika menerima sumbangan tetapi tekanan kos sara hidup masih membelenggukan hati mereka,” katanya di Facebook hari ini.


Pengarang :