Pengguna Lebuhraya Pulau Indah dinasihat untuk lebih berhati-hati ekoran 153 penutup air di laluan berkenaan hilang. Foto Facebook AZMIZAM ZAMAN HURI
ADNSELANGOR

153 penutup air di Lebuhraya Pulau Indah hilang, pengguna dinasihat berhati-hati

SHAH ALAM, 23 JULAI: Wakil rakyat Pelabuhan Klang mengesa Jabatan Kerja Raya (JKR) bertindak segera mengantikan 153 penutup lubang air di Lebuhraya Pulau Indah yang dikesan hilang.

Azmizam Zaman Huri turut menasihatkan pengguna lebuh raya berkenaan terutamanya penunggang motosikal untuk lebih berhati-hati sementara menanti tindakan pembaikan daripada JKR.

“Sebanyak 72 unit penutup lubang air telah hilang bermula dari persimpangan lampu isyarat Laguna Park sehingga ke pusingan U Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah.

“Manakala sebanyak 81 unit penutup pula telah hilang bermula dari persimpangan U Kampung Sungai Kembong hingga ke persimpangan lampu isyarat Laguna Park,” katanya di Facebook baru-baru ini.


Pengarang :