AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

16 pasukan futsal rebut Piala Dato’ Seri Amirudin Shari, RM500 menanti juara

SHAH ALAM, 29 JULAI: Sebanyak 16 pasukan berpeluang berentap dalam Kejohanan Futsal Bawah 17 Tahun bagi merebut Piala Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai.

Yuran penyertaan serendah RM30 dikenakan untuk setiap pasukan dan urusan pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi 016-466 3530 atau 017-292 5521.

Pasukan juara akan membawa pulang wang tunai RM500 beserta piala pusingan dan medal kejohanan, sementara tempat kedua (RM300, medal) dan tempat ketiga (RM100, medal).

Bermula 8 pagi hingga 5.30 petang, program anjuran Kerajaan Negeri yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sebelum ini, acara sama dijayakan di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat Stadium Utama Kuala Selangor dan Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Program turut diserikan dengan persembahan artis, pertandingan Gusti lengan, sukan rakyat, permainan dalam talian Mobile Legends, pameran dan jualan makanan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.


Pengarang :