Kanak-kanak girang bermain buih belon bersama keluarga di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau kenali sebagai Padang Polo, Ipoh, pada 4 Jun 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

1,918 kes baharu, lapan kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 5 JULAI: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini turun kepada 1,918 kes semalam, selepas enam hari berturut-turut berada paras 2,000 kes.

Sebelum ini negara merekodkan 2,025 kes (28 Jun), 2,605 kes (29Jun), 2,867 kes (30 Jun), 2,773 kes (1 Julai) dan 2,527kes (2 Julai) dan 2,536 kes (3 Julai).

Menurut data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my , pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak  4,575,809 kes kes dengan 29,382 daripadanya adalah kes aktif.

Ketika ini, sebanyak 28,140 sedang menjalani kuarantin di rumah, 26 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), 1,172 kes di hospital dan 44 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Lapan kematian dilaporkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,784 kes.

 

 


Pengarang :