AGENDANASIONAL

3,300 kes baharu Covid-19 dicatat semalam, 12 lagi kematian

SHAH ALAM, 26 JULAI: Angka jangkitan baharu Covid-19 semalam meningkat sedikit dengan 3,300 kes dicatat berbanding 2,720 kes kelmarin.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara sebanyak 4,617,079 kes setakat ini.

Mengikut data sama, 5,227 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,572,712 kes.

Selain itu sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID).

Berikut perincian kes mengikut negeri/wilayah:

Kuala Lumpur: 1,060
Selangor : 943
Perak : 210
Sabah : 203
Pulau Pinang : 172
Kedah : 145
Johor : 109
Negeri Sembilan : 105
Melaka : 102
Putrajaya : 77
Kelantan : 55
Sarawak : 36
Pahang : 35
Terengganu : 35
Labuan : 7
Perlis : 6


Pengarang :