Orang ramai menunggu giliran untuk divaksin dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Kuala Kubu Bharu di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa, Kuala Kubu Bharu pada 24 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

4,098 kes baharu, lapan kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 15 JULAI: Kes harian Covid-19 meningkat kepada 4,098 kes semalam berbanding 3,934 kes yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,570,945 kes dengan 38,913 daripadanya kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, sebanyak 37,495 kes sedang menjalani kuarantin di rumah, 26 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,339 kes di hospital dan 53 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Data Covidnow menunjukkan lapan kematian direkod semalam dengan dua daripadanya berlaku di luar hospital menjadikan keseluruhan 35,836 kes sejak wabak tersebut melanda negara.

Selain itu, tiada kluster baharu direkodkan menjadikan kekal 7,026 kluster keseluruhan dengan 12 daripadanya masih aktif.


Pengarang :