Orang ramai menunggu giliran untuk divaksin dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Kuala Kubu Bharu di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa, Kuala Kubu Bharu pada 24 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

4,860 kes baharu, 10 kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 30 JULAI: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 4,860 semalam berbanding 3,926 kes yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak  4,672,999 kes dengan 48,300  daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 46,334 kes sedang menjalani kuarantin di rumah, 23 kes di pusat kuarantin sementara, 1,883 kes dirawat di hospital dengan 60 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Data menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara sebanyak 64.3 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 16.1 peratus.

Sebanyak 10 kematian dilaporkan termasuk satu kes kematian di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik 35,956 kes.


Pengarang :