Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) menyampaikan Anugerah Khas Inovasi kepada Kumpulan Hotspot Crew Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Dewan Perkasa, Kementerian Pertahanan (Mindef), Kuala Lumpur pada 5 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

70 kakitangan MPAJ terima anugerah perkhidmatan cemerlang

KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Seramai 70 kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 termasuk tiga penerima anugerah khas malam tadi.

Timbalan Yang Dipertua Julaihah Jamaluddin berkata majlis turut menyerahkan anugerah penghargaan kepada lima Kumpulan Inovasi Kreatif yang mengharumkan nama MPAJ di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

“APC ini sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada pekerja yang terpilih supaya terus berkhidmat dengan cemerlang.

“Anugerah ini juga dapat menyuntik semangat warga kerja yang lain supaya berlumba-lumba membudayakan amalan kerja cemerlang sepanjang masa seiring dengan kehendak rakyat,” katanya berucap di Majlis APC 2022.

Anugerah disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari. Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim turut hadir memeriahkan majlis.

Julaihah berkata dalam majlis berkenaan pihaknya turut menghargai 12 kakitangan yang bersara serta seorang kakitangan yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.

“Semua penerima mendapat wang tunai sebanyak RM1,000 dan sijil penghargaan selain pesara menerima cenderahati,” katanya.


Pengarang :