Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat meninjau kerosakan bumbung jejantas di Taman Bersatu, Rawang pada 8 Mac 2022. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN Rawang bawa isu infrastruktur, pencemaran dalam sidang dewan negeri

SELAYANG, 1 JULAI: Wakil rakyat Rawang membawa isu infrastruktur yang perlu dibaik pulih terutama di sekitar kawasan perumahan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada hujung bulan ini.

Chua Wei Kiat berkata usaha menaik taraf infrastrukur perlu dilaksanakan seiring dengan pembangunan serta pertambahan kawasan perumahan demi keselesaan rakyat.

“Apabila banyak perumahan, jadi tumpuan utama ialah keselesaan kepada penduduk daripada seluruh aspek. Selain itu, saya juga akan bawa isu berkaitan pencemaran kerana Rawang banyak kawasan perindustrian.

“Bidang kuasa pencemaran banyak melibatkan kerajaan pusat, jadu kita bawa isu ini dalam DNS yang menjadi platform mengemukakan isu ini,” katanya ditemui selepas melawat warga emas yang mengalami masalah penglihatan di Taman Bukit Rawang Jaya di sini, hari ini.

Mesyuarat kedua penggal kelima DNS yang ke-14 tahun 2022 dijangka berlangsung pada 25 Julai hingga 5 Ogos 2022.

Pada 8 Mei, Amirudin berkata Rancangan Selangor Satu dirangka bagi menjayakan agenda sosioekonomi rakyat berasaskan kerajaan penyayang yang berkesan dan berwibawa.

Beliau menjelaskan pelan komprehensif lima tahun itu penting berdasarkan pengalaman Kerajaan Negeri menangani pandemik yang menjejaskan pelbagai sektor.


Pengarang :