AGENDANASIONAL

Angka jangkitan Covid-19 turun, tujuh lagi terkorban

SHAH ALAM, 18 JULAI: Angka jangkitan baharu Covid-19 turun kepada 3,936 kes, semalam berbanding 5,047 kelmarin dan 5,230 kes pada hari sebelumnya.

Penurunan lebih 1,000 kes itu menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 4,622,981 kes.

Berdasarkan data di laman sesawang CovidNow, jumlah jangkitan itu meliputi 3,935 penularan tempatan dan satu kes import.

Selain itu, tujuh korban baharu direkodkan, semalam, membawa kepada jumlah keseluruhan 35,855 kematian.

Sejak minggu lepas, purata 5.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.9, yang menunjukkan trend menurun.


Pengarang :