Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Aminurrahim Mohamed ditemui media selepas Program Ibadah Korban Peringkat APM di Jabatan APM, Jalan Padang Tembak pada 13 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Angkatan Pertahanan Awam giat jalani latihan hadapi bencana

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa menggerakkan latihan sebagai langkah bagi memastikan anggotanya terus bersedia untuk berdepan sebarang risiko bencana.

Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata latihan-latihan yang dilakukan adalah penting apatah lagi tatkala negara sedang berhadapan dengan situasi cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Biasanya seperti tahun-tahun sebelum ini, sekarang sudah masuk musim panas, tapi nampaknya (tahun ini) masih lagi kita tak dapat jangkakan. Sebab itu APM terus melatih dan menggalakkan anggota-anggota untuk sentiasa terus berlatih.

“Orang awam juga boleh untuk bersama-sama menyertai latihan-latihan yang disediakan,” katanya ketika ditemui pada Program Larian Dekad Platinum APM di sini hari ini.

Larian yang dianjurkan sempena ulangtahun ke-70 APM itu disertai seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota, ahli bersekutu dan sukarelawan agensi tersebut.

– BERNAMA


Pengarang :