Penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) memasang bendera parti ketika kempen Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 pada 8 November 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Anwar: Kerjasama pembangkang pastikan satu lawan satu, elak pertembungan

SHAH ALAM, 11 JULAI: Rundingan antara parti pembangkang perlu dibuat bagi mewujudkan persefahaman sekali gus mengelak pertembungan dalam pilihan raya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan strategi tersebut bagi memastikan saingan satu lawan satu diwujudkan untuk menewaskan Barisan Nasional.

“Khemah besar ini istilah bagi saya dengan polemik sekarang kadang mengelirukan. Bagi saya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), DAP dan Parti Amanah Negara adalah kekuatan unggul yang mesti dibesarkan,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Media Selangor.

Wawancara tersebut akan disiarkan secara bersiri mulai 13 hingga 15 Julai di portal Selangorkini dan YouTube Selangor TV. Temu bual tersebut juga dimuatkan dalam akhbar edisi 14-20 Julai.

Presiden KEADILAN itu turut mengupas pelbagai isu semasa antaranya pemilihan parti, kenaikan harga makanan dan Rang Undang-undang Antilompat parti.


Pengarang :