Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama pimpinan parti dan Pakatan Harapan selepas menyampaikan ucapan perasmian sempena Kongres Nasional ke-16 KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal di sini, Shah Alam pada 16 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Anwar: Perkuat HARAPAN, bina jaringan dengan pembangkang lain

SHAH ALAM, 16 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk bergerak bersama DAP, Parti Amanah Negara dan UPKO bagi memperkuatkan Pakatan Harapan bagi menawan kembali Putrajaya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata beliau juga bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana blok pembangkang untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-15.

“Sudah tentu kita akan terus bina jaringan dengan parti pembangkang walau ada ketegangan dan perselisihan,” katanya ketika merasmikan Kongres Nasional KEADILAN ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal di sini, hari ini.

“Saya juga ketua pembangkang. Jadi maknanya kerja akrab seharusnya terjalin dengan semua parti pembangkang dan akan terus dengan agenda ditetapkan.”

Berlangsung selama tiga hari, kongres bertema ‘Menjulang Keadilan’ yang membuka tirainya semalam menerima kehadiran penuh, selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lalu akibat penularan Covid-19.


Pengarang :