Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

Bayar cukai taksiran, kompaun di Hari Bertemu Pelanggan MBSA Rabu ini

SHAH ALAM, 2 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan di Plaza Shah Alam, Tingkat LG, Seksyen 9 di sini Rabu ini.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan program yang menyediakan pelbagai perkhidmatan itu diadakan bermula 11 pagi hingga 5 petang.

“Antara perkhidmatan disediakan ialah penyemakan dan pembayaran cukai taksiran serta kompaun khususnya kompaun trafik.

“Selain itu, perkhidmatan lain ialah semakan aduan permohonan ubahsuai premis dan sebagainya,” katanya.

Tambah MBSA, 50 pelanggan terawal akan mendapat beg penjagaan kebersihan diri secara percuma.


Pengarang :