Serbuan ke atas beberapa buah premis perniagaan di Kota Warisan, Sepang pada 1 Jun 2022 kerana disyaki melakukan kegiatan penggunaan elektrik secara curang. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Beberapa lokasi di Lembah Klang alami gangguan bekalan elektrik

SHAH ALAM, 27 JULAI: Beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk di sini mengalami gangguan bekalan elektrik hari ini.

Lokasi berkenaan antaranya Cheras, Subang, Ampang, Kepong, Hartamas dan Bukit Damansara, lapor Malaysiakini berdasarkan aduan pengguna.

Masalah sama turut dialami di Kota Bharu, Kelantan; dan Kuantan, Pahang berdasarkan rungutan pengguna media sosial.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan dan usaha giat dibuat mengenal pasti punca serta memulihkan bekalan.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dialami oleh pengguna ketika gangguan bekalan,” kata kenyataan menerusi Facebook.

Pengarang :