SHAH ALAM, 8 JULAI: Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dilaporkan ditembak ketika berucap di bandar raya Nara, barat Jepun pada Jumaat.
Menurut laporan beberapa agensi berita antarabangsa, Abe dibawa ke hospital berdekatan dan dilaporkan berdepan situasi fungsi jantung dan pernafasan terhenti.
Beberapa media melaporkan beliau kelihatan ditembak dari belakang, mungkin dengan senapang patah.
Abe, perdana menteri Jepun paling lama berkhidmat, memegang jawatan pada 2006 selama setahun dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020.