Pengarah Eksekutif Hijrah Selangor Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor melihat produk keluaran usahawan Hijrah Mahmud Mastam ketika Kembara Sukses Hijrah Selangor di Jalan Kebun, Shah Alam pada 8 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Biaya RM3.42 juta bantu usahawan Kuala Langat luas perniagaan

SHAH ALAM, 20 JULAI: Sebanyak RM3.42 juta disalurkan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) kepada usahawan Kuala Langat sejak Januari bagi mengembangkan perniagaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana itu juga berjaya membantu 40 peratus peniaga menjana pendapatan lumayan mencecah RM100,000 ke atas.

“Ekosistem juga disediakan dengan baik bagi mengoptimumkan hasil perniagaan,” katanya di Facebook.

Jelasnya, skim ditawarkan meliputi i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan, Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim, yang diwujudkan untuk membantu pelbagai jenis perniagaan pascawabak Covid-19.

Menurut Amirudin, beberapa penambahbaikan skim pembiayaan tersebut juga disambut baik dan menempa kesan positif dengan RM120 juta diperuntuk Kerajaan Negeri tahun ini.

“Semoga ikhtiar ini meninggalkan impak positif kepada rakyat,” katanya lagi.


Pengarang :