Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan notis kepada pemilik kedai pasu dan tanaman kerana membina struktur bangunan tanpa kebenaran di Banting pada 18 Julai 2022. Foto Facebook MPKL
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Bina bangunan tanpa kebenaran, MPKL arah pemilik roboh struktur

SHAH ALAM, 20 JULAI : Seorang pemilik kedai dikenakan notis kali ketiga oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kerana didapati membina struktur bangunan tanpa kebenaran.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan sebelum ini suspek diberi notis kesalahan mengikut Seksyen 70(13)(c), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) iaitu pada 29 Mac dan 8 April 2022.

“Disebabkan dia masih ingkar dengan arahan, MPKL sekali lagi mengeluarkan notis kesalahan mengikut Seksyen 72(1)(b), akta yang sama pada 18 Julai lalu.

“Notis kali ketiga ini dikeluarkan kerana pemilik masih degil dan gagal mematuhi arahan dan dia perlu meruntuhkan struktur bangunan tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

MPKL turut mengingatkan mana-mana individu atau syarikat supaya mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihaknya sebelum membina atau membuat pindaan bangunan.

 


Pengarang :