Orang ramai membeli barangan keperluan asas harga murah menerusi program Jelajah Jualan Ehsan anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di tapak parkir Masjid Al-Bakri Kampung Bukit Naga, Shah Alam pada 18 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Buat aduan segera jika kesan kenaikan harga barang melampau

SHAH ALAM, 4 JULAI: Pengguna diminta mengadu segera kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor jika mengesan kenaikan harga barang melampau.

EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata aduan boleh disalurkan melalui pelbagai platform antaranya e-mel, mesej, WhatsApp dan media sosial.

“KPDNHEP Selangor sentiasa memantau di setiap daerah dengan turun ke kawasan-kawasan yang mendapat aduan,” katanya ditemui selepas merasmikan Seminar Pemantapan Sembelihan Halal Qurban di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan peniaga supaya tidak mengambil untung berlebihan sehingga membebankan rakyat dalam situasi ekonomi mencabar ketika ini.

Pengguna yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku atau aduan boleh menyalurkannya kepada KPDNHEP Selangor melalui WhatsApp di talian 019-279 4317 atau 019-848 8000.

Orang ramai juga boleh melayari portal aduan e-aduan.kpdnhep.gov.my, hubungi pusat kawalan 1-800-886-800, hantar e-mel di [email protected] atau Ez ADU KPDNHEP.


Pengarang :