Peserta membuat pemeriksaan mata pada program Selangor Saring sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor pada 2 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Buat saringan kesihatan, kesan awal risiko penyakit mata

SHAH ALAM, 19 JULAI: Orang ramai digalak membuat saringan kesihatan secara percuma melalui program Selangor Saring yang giat dijalankan di seluruh negeri.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata pemeriksaan boleh dilakukan bagi mengesan pada peringkat awal dan salah satunya adalah penyakit mata seperti rabun, glaucoma dan retina.

“Anda boleh membuat saringan kesihatan dengan Selangor Saring tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Jangan takut atau risau untuk membuat saringan.

“Ini adalah salah satu cara untuk kita buat pengesanan awal penyakit dan pada masa sama dapat mencegah daripada menjadi lebih teruk,” katanya menerusi Facebook.

Orang ramai boleh mendaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) yang boleh dimmuat turun di Play Store ataupun Apps Store.

Program Selangor Saring akan diteruskan di Petaling pada 24 Julai ini untuk membantu golongan berisiko mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta.


Pengarang :