EXCO Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berucap dalam program Khayra Ummah sempena Jelajah Selangor Penyayang di Masjid Jumhuriah, Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Budayakan semula amalan tegur menegur demi kesejahteraan hidup bermasyarakat

PETALING JAYA, 24 JULAI: Orang ramai disaran membudayakan semula amalan tegur menegur sesama jiran demi kesejahteraan hidup bermasyarakat.

EXCO Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata peranan itu tidak sewajarnya diserahkan kepada pihak berkuasa sebaliknya perlu bermula dalam kalangan masyarakat.

“Kita tak boleh lagi serahkan tugas menegur ini kepada pihak berkuasa tetapi anggota masyarakat juga berperanan untuk sama-sama membentuk masyarakat yang saling sayang menyayangi.

“Caranya buat teguran ikhlas sesama jiran tertangga atau anak-anak yang mungkin melakukan perbuatan yang melanggar aturan syariat. Maka di sini peranan komuniti,” katanya.

Berucap dalam slot Bicara Khayra Ummah bertajuk ‘Kasih Keluarga, Negeri Penyayang’ di Masjid Jumhuriah Taman Dato’ Harun, di sini, Zawawi berkata Nabi Muhammad adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan rujukan dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan aman damai.

Majlis yang dianjurkan sempena Jelajah Selangor Penyayang peringkat Petaling itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.


Pengarang :