Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Alamanda Seksyen 20, Shah Alam pada 28 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: 4,503 kes baharu, 10 kematian

SHAH ALAM, 28JULAI: Jangkitan harian Covid-19 turun sedikit kepada 4,503 kes semalam berbanding 4,759 kes yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak  4,664,213 kes dengan 46,906  daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 45,318 kes menjalani kuarantin kendiri, 24 kes di pusat kuarantin sementara, 1,505 kes menerima rawatan di hospital dan 59 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Data Covidnow menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 62 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 15.8 peratus.

Sebanyak 10 kematian dilaporkan termasuk empat kes kematian di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik tersebut 35,942 kes.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan kekal 7,036 kluster dengan 19 daripadanya masih aktif.


Pengarang :