Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Cuepacs: Naikkan gaji atau berdepan piket penjawat awam

SHAH ALAM, 28 JULAI: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan.

Presidennya Adnan Mat berkata gesaan itu susulan tiada tindakan daripada Putrajaya walaupun pihaknya sudah beberapa kali mencadangkan gaji kakitangan awam Gred 19 dinaikkan kepada Gred 29, lapor Free Malaysia Today.

“Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, Cuepacs bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam,” katanya.

Adnan berkata struktur gaji semasa penjawat awam sudah dilaksanakan sejak 2002 dan wajar dikaji semula bagi memastikan ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

Minggu lalu, Cuepacs menggesa kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Antara cadangan berkenaan termasuklah pelaksanaan gaji minimum RM1,800 untuk kakitangan awam, dua kenaikan setiap tahun dan elaun pelbagai tugas.

Mengulas lanjut mengenai protes jalanan, Adnan berkata pihaknya turut menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum akan datang.


Pengarang :