Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran Leong Tuck Chee menyerahkan kupon haiwan korban kepada wakil masjid dan surau di Pandamaran pada 26 Jun 2022. Foto Facebook Leong Tuck Chee
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Pandamaran agih empat lembu, 16 kambing sempena ibadah korban

SHAH ALAM, 11 JULAI: Sebanyak 12 institusi agama melibatkan empat masjid dan lapan surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran menerima haiwan korban sempena Aidiladha.

Wakil rakyat Leong Tuck Chee berkata sumbangan melibatkan empat ekor lembu dan 16 kambing yang diberikan Kerajaan Negeri serta pusat khidmat.

“DUN memperuntuk sejumlah RM16,000 bagi menambah bilangan haiwan korban. Inisiatif ini membolehkan lebih ramai umat Islam menerima agihan daging korban.

“Kita minta pengurusan masjid dan surau supaya mengutamakan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka,” katanya kepada SelangorKini.

Pada Jun, Dato’ Menteri Besar memaklumkan sebanyak 660 ekor lembu dan 1,000 kambing bernilai RM5.05 juta diagihkan untuk ibadah korban tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan diperoleh daripada anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan pelbagai agensi lain.


Pengarang :