Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor dijangka hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 12 JULAI: Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran sama bagi Kuala Lumpur, seluruh Perlis; Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling di Kedah; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan.

Kawasan lain adalah Kuching, Serian, Simunjan, Sri Aman, Betong, Pakan, Julau dan Meradong serta Sibu di Sarawak.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :