EXCO Pelancongan Hee Loy Sian (tengah) bergambar bersama barisan peserta yang dipilih menjayakan program TUKANG-Selangor’s First Craftsmanship Project 2022 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Julai 2022. Foto Tourism Selangor
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Enam individu terima dana RM10,000 hasilkan karya seni kreatif

SHAH ALAM, 28 JULAI: Enam individu terpilih menerima peruntukan RM10,000 menerusi projek TUKANG-The First Craftsmanship Project in Selangor, kata EXCO pelancongan.

Hee Loy Sian berkata penerima diberi tempoh tiga bulan untuk menghasilkan produk karya seni kreatif yang akan dipamerkan di Galeri Shah Alam dan Universiti Multimedia pada Oktober dan November ini.

“Projek TUKANG merupakan program pertama Tourism Selangor tahun ini membabitkan penglibatan pelbagai latar belakang individu iaitu pemain industri antaranya artis, pereka grafik dan wakil organisasi.

“Tahniah kepada peserta dan semoga dalam tempoh tiga bulan ini masing-masing dapat menghasilkan produk seni kreatif di samping membantu mengembangkan lagi sektor kraftangan dan industri di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan projek TUKANG-The First Craftmanship Project in Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

TUKANG berfungsi sebagai medan pertemuan pemain industri dan pihak berkepentingan untuk berkongsi pandangan, kepakaran dan keunikan produk hasil seni dalam sektor kraftangan.

Sebelum ini, 37 peserta diberi tempoh menghantar dokumen cadangan hasil seni karya masing-masing bermula 7 Mei hingga 19 Jun lalu.


Pengarang :