Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Enam sistem sokongan bantu MetMalaysia hadapi ancaman perubahan cuaca

SHAH ALAM, 19 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menggunakan beberapa sistem sokongan bagi memantau keadaan cuaca di negara ini.

Menurut MetMalaysia, sistem sokongan itu adalah radar cuaca, radar pengesan ricih angin, satelit meteorologi, stesen pencerapan cuaca utama, stesen pencerapan cuaca automatik auksiliari dan stesen udara atas.

“Dalam menyediakan amaran dan ramalan cuaca yang tepat, pelbagai sistem sokongan pemantauan cuaca diperlukan bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda,” katanya di Facebook.

MetMalaysia berkata menerusi sistem sokongan ini, agensi itu akan terus melaksanakan pencerapan, pemantauan dan ramalan cuaca serta iklim negara secara komprehensif dalam menghadapi ancaman perubahan cuaca.


Pengarang :