Penyanyi Ernie Zakri antara yang akan menghiburkan orang ramai sempena Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto Facebook Ernie Zakri
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ernie Zakri, Hazama meriahkan Jelajah Selangor Penyayang 24 Julai

SHAH ALAM, 21 JULAI: Penyanyi terkenal tanah air Ernie Zakri dan Hazama bakal menghiburkan orang ramai sempena karnival Jelajah Selangor Penyayang di Petaling, Ahad ini.

Acara hiburan itu sebahagian daripada program anjuran negeri yang berlangsung dari 8 pagi hingga 5.30 petang di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, ia turut diserikan dengan senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.

Program yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Sebelum ini, acara sama berlangsung di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat dan Stadium Utama Kuala Selangor dengan ketiga-tiganya mendapat sambutan menggalakkan.

Jelajah berkenaan bakal berakhir di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai.

 


Pengarang :