Orang ramai membeli barangan keperluan harian dalam program Jualan Prihatin Rakyat di Desa Mentari, Petaling Jaya pada 9 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Lebih 80,000 rakyat terima manfaat program jualan murah

SHAH ALAM, 25 JULAI: Lebih 80,000 rakyat di negeri ini menerima manfaat program Jualan Prihatin Rakyat sejak dilancarkan pada Februari lalu, kata EXCO permodenan dan asas tani.

Ir Izham Hashim berkata menerusi program tersebut, pelbagai barangan segar seperti ayam, telur ayam, ikan sejuk beku, daging pejal segar dan minyak masak dibawa ke 60 lokasi jualan di seluruh negeri.

“Program Intervensi Harga Makanan Ehsan dilancarkan pada Februari lalu dalam usaha Kerajaan Negeri memastikan akses makanan segar pada harga berpatutan dan mencukupi untuk rakyat khususnya menjelang musim perayaan.

“Program ini juga beriltizam mengawal harga makanan seperti ayam dan telur menggunakan konsep subsidi, pengurangan sewa dan bantuan logistik kepada rantaian bekalan yang strategik,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Kampung Tunku Lim Yi Wei berhubung status Program Intervensi Harga Makanan Ehsan.

Pada 19 Mei lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Program Intervensi Ehsan berjaya memanfaatkan 60,000 keluarga sejak dilaksanakan Disember lalu di lebih 50 lokasi di negeri ini.

Inisiatif berkonsepkan Jualan Prihatin Rakyat itu juga bertujuan memberi peluang kepada rakyat mendapatkan bekalan makanan segar seperti ayam, ikan, daging, telur dan sayur-sayuran pada harga lebih rendah berbanding pasaran.


Pengarang :