Foto Facebook MAT KILAU THE MOVIE
AGENDANASIONAL

Filem Mat Kilau lepasi sasaran, kutip RM61 juta dalam tempoh 17 hari

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Kutipan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencecah RM61 juta dalam tempoh 17 hari tayangan, sekaligus melebihi sasaran ditetapkan.

Pengarahnya Syamsul Yusof berkata pihaknya sebelum ini meletakkan sasaran maksimum filem tersebut mampu mencapai kutipan RM60 juta, lapor portal Berita Harian.

“Alhamdulillah atas kenikmatan dan kejayaan ini. Angka RM61 juta dalam masa 17 hari satu pencapaian tidak pernah disangka akan pergi sejauh ini,” katanya.

Diterbitkan Studio Kembara, kos pembikinan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berdasarkan fakta sejarah membabit bajet RM8 juta.

Naskhah yang sarat dengan elemen cintakan agama, bangsa dan tanah air itu dibintangi pelakon, Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Johan As’ari, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

 


Pengarang :