Poster permohonan maaf yang disiarkan GSC di Facebook rasminya pada 28 Julai 2022.
AGENDANASIONAL

Filem Thor: Love and Thunder dibatal tayangan di Malaysia

SHAH ALAM, 28 JULAI: Rangkaian pawagam tempatan Golden Screen Cinemas (GSC) mengesahkan filem Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Menerusi kenyataan di Facebook, syarikat itu memohon maaf susulan keputusan Disney untuk tidak menayangkan sekuel keempat filem tersebut selepas beberapa kali ditunda.

“Thor: Love and Takde. Officially (secara rasmi),” kata GSC ringkas.

Filem terbitan Marvel Studios dan diedarkan Walt Disney Studios Motion Pictures yang dilakonkan Chris Hemsworth sepatutnya ditayangkan pada 7 Julai lalu, namun ditunda kepada 21 Julai.

Namun, karya arahan Taika Waititi yang mengisahkan Thor ingin mencari ketenangan tetapi diganggu pembunuh galaksi Gorr the God Butcher ditunda sekali lagi tanpa kepastian.

Sebelum ini, filem Lightyear juga dibatalkan tayangan berikutan Disney enggan mematuhi beberapa syarat termasuk memotong babak yang menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).


Pengarang :