Aksi pemain Selangor FC menentang Sri Pahang FC yang berkesudahan pasukan Red Giants menang 3-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 29 April 2022. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Format baharu Liga Super, pasukan dibenar ambil sembilan pemain import

PETALING JAYA, 20 JULAI:  Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menggunakan format baharu dengan membenarkan pasukan bertanding Liga Super mengambil sembilan pemain import untuk saingan musim depan.

Kuota pemain import Liga Malaysia (Liga M) menimbulkan sedikit percanggahan ketika ini di mana kelab yang tiada pasukan ‘reserve’ atau kelab ‘feeder’ hanya mempunyai lima pemain import, lapor portal Berita Harian.

Ia berbanding kelab yang mempunyai pasukan ‘reserve’ seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC (TFC) dan Selangor FC yang mempunyai peluang memilih daripada sembilan pemain import setiap perlawanan.

Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata bagaimanapun hanya lima pemain import dibenarkan beraksi dalam satu masa.

“MFL masih kekal membenarkan lima pemain import termasuk satu import dari Asia dan satu dari ASEAN di atas padang dengan hanya tambahan seorang pemain import di bangku simpanan untuk menjaga slot pemain tempatan,” katanya,

Beliau berkata terpulang kepada pasukan untuk mendaftarkan sama ada sembilan atau kurang dari jumlah itu mengikut kemampuan kewangan.

“Kalau tak boleh ambil sembilan, jangan ambil sembilan, nanti tak mampu bayar gaji. Kemampuan pasukan itu penting,” katanya.


Pengarang :