AGENSISELANGOR

Golongan asnaf dipelawa sertai karnival kerjaya Zakat Selangor

SHAH ALAM, 28 JULAI: Golongan asnaf negeri ini dipelawa menyertai karnival kerjaya Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 6 Ogos depan.

Zakat Selangor menerusi Facebook memaklumkan peluang turut dibuka kepada orang ramai yang sedang mencari pekerjaan.

Program diadakan di Hall 1, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula jam 10 pagi hingga 4 petang itu dianjur dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran menerusi pautan https://bit.ly/ZAKATSELANGORxPERKESOKL

Aktiviti yang disediakan dalam program itu termasuk perkhidmatan majikan daripada pelbagai sektor, bantuan penyediaan resume, kaunseling kerjaya dan pameran daripada pelbagai agensi.


Pengarang :