Kakitangan Google Malaysia Sdn Bhd bersama ahli keluarga masing-masing menyertai program membersihkan Pantai Kelanang, Banting pada 30 Julai 2022. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Google Malaysia bersih Pantai Kelanang, kutip 137kg sampah

SHAH ALAM, 31 JULAI: Seramai 30 kakitangan Syarikat Google Malaysia berserta ahli keluarga menyertai program membersihkan Pantai Kelanang, Banting semalam.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan sebanyak 137 kilogram (kg) sampah berupa botol minuman, plastik, kain dan lain-lain berjaya dikutip.

“Kakitangan Google Malaysia Sdn Bhd bersama ahli keluarga masing-masing turut serta dalam program ini.

“MPKL mengucapkan ribuan terima kasih kepada Google Malaysia,” tulisnya di Facebook.


Pengarang :