Pempamer membantu pengunjung memuat turun aplikasi akhbar Selangorkini di gerai pameran Media Selangor ketika Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor pada 2 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hadiah motosikal menanti pengunjung Jelajah Selangor Penyayang di Petaling esok

SHAH ALAM, 23 JULAI: Pengunjung Jelajah Selangor Penyayang di Petaling berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi acara cabutan bertuah esok.

Menerusi perkongsian di Instagram, sekretariat Jelajah Selangor Penyayang memaklumkan pengunjung hanya perlu mendaftar di kaunter pendaftaran jelajah itu mulai jam 9 pagi.

“Peluang keemasan untuk orang Petaling Jaya. Daftarkan diri dan berpeluang untuk membawa peluang motosikal Suzuki Raider 150.

“Cabutan pemenang akan dibuat pada 12 tengah hari di pentas utama Jelajah Selangor Penyayang,” katanya hari ini.

Sementara itu, Jelajah Selangor Penyayang akan berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ia bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan diserikan dengan pelbagai acara antaranya senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.


Pengarang :