EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim menjawab soalan dikemukakan wakil rakyat dalam sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 16 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hala tuju lima tahun negeri dibentang, pembangunan lebih rancak, teratur

KLANG, 1 JULAI: Perancangan negeri bagi tempoh lima tahun bakal dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang berlangsung pada hujung bulan ini.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Kim berkata persidangan kali ini penting kerana melibatkan perancangan pembangunan yang memberi impak kepada semua khususnya rakyat Selangor.

“Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan membentangkan perancangan negeri membabitkan pembangunan yang lebih rancak dan teratur.

“Kandungannya amat menarik yang mana beliau akan membentangkan kawasan pembangunan baharu termasuk projek-projek bertaraf antarabangsa,” katanya pada SelangorKini.

Beliau ditemui selepas ditemui mengedar kupon haiwan korban kepada  21 surau yang terlibat bagi ibadah korban di Madrasah Darissalmiah di sini, hari ini.

Mesyuarat kedua penggal kelima DNS yang ke-14 tahun 2022 dijangka berlangsung pada 25 Julai hingga 5 Ogos 2022.

Pada 8 Mei, Amirudin berkata Rancangan Selangor Satu dirangka bagi menjayakan agenda sosioekonomi rakyat berasaskan kerajaan penyayang yang berkesan dan berwibawa.

Beliau menjelaskan pelan komprehensif lima tahun itu penting berdasarkan pengalaman Kerajaan Negeri menangani pandemik yang menjejaskan pelbagai sektor.


Pengarang :