Perwakilan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menghadiri Kongres Wanita sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 15 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hampir 30 peratus wanita dalam barisan baharu pimpinan KEADILAN

SHAH ALAM, 22 JULAI: Timbalan ketua Wanita baharu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengalu-alukan lebih ramai wanita menyertai barisan kepimpinan pusat parti termasuk pelantikan dua naib presiden wanita.

Juwairiya Zulkifli juga gembira seramai 10 orang wanita atau 27 peratus daripada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah dipilih dan dilantik termasuk Nurul Izzah Anwar dan Saraswathy Kandasamy.

“Buat pertama kali dalam sejarah KEADILAN, parti keramat ini berani untuk melakukan langkah proaktif dengan melantik dua Naib Presiden wanita iaitu Nurul Izzah Anwar dan Saraswathy Kandasamy.

“Ini merupakan satu usaha yang pragmatik dalam mengarusperdanakan penyertaan wanita dalam politik sebagai suara yang mempengaruhi dasar bukan sahaja dalam peringkat setiap lapisan dalaman parti bahkan di peringkat nasional,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain beliau, sembilan lagi wanita dalam barisan MPP seperti berikut:

– Nurul Izzah Anwar (naib presiden – lantikan)
– Saraswathy Kandasamy (naib presiden – lantikan)
– YB Senator Puan Fadhlina Sidek (ketua Wanita – dipilih)
– Nurin Aina @ Nor Azrina Surip (ahli MPP – dipilih)
– Elizabeth Wong (ahli MPP – dipilih)
– Siti Aishah Shaik Ismail (ahli MPP – dipilih)
– Raiyan Abdul Rahim – (ahli MPP – dipilih)
– Datuk Christina Liew (ahli MPP – lantikan)
– Rodziah Ismail (ahli MPP – lantikan)

 


Pengarang :