Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Ceramah Mega Jelajah Pakatan Harapan Selangor di Dewan Serbaguna Seksyen 7 Kota Damansara, Petaling Jaya pada 23 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

HARAPAN Selangor siap sedia hadapi pilihan raya lebih awal

PETALING JAYA, 24 JULAI: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor merangka pelbagai strategi bagi menghadapi pilihan raya sekiranya ia diadakan lebih awal dari tempoh mandat berakhir.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor berkata persiapan awal itu dibuat berikutan Parlimen mungkin dibubar lebih awal meskipun penggalnya berakhir pada 2023.

“Kenapa kita buat jelajah? Kita kena siap sedia bila-bila masa sebab kalau Selangor tak nak buat pilihan raya, Parlimen dibubarkan kita kena bertemu dengan pemilihan di Parlimen.

“Ada 22 kerusi Parlimen di Selangor dan ia tetap akan dipertandingkan. Kalau kita tak siap sedia, lawan akan perangkap kita.” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar berucap pada Ceramah Mega Jelajah Pakatan Harapan Selangor di Dewan Serbaguna, Seksyen 7 Kota Damansara di sini, malam tadi.

Amirudin turut memberi bayangan Selangor mungkin akan mengadakan pilihan raya sekitar Mac hingga Mei tahun hadapan.

“Selangor kata nak buat pilihan raya tahun hadapan, tak nak ikut persekutuan jika bubar awal. Selangor juga kata nak buat pilihan raya apabila habis penggal dan kemungkinan bulan tiga, empat atau lima tahun hadapan,” katanya.


Pengarang :