Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Kongres Nasional ke-16 KEADILAN di Ideal Convention Centre, Shah Alam pada 16 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

HARAPAN tadbir negara dengan baik, perkenal program prorakyat

SHAH ALAM, 16 JULAI: Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya melaksana pelbagai inisiatif prorakyat ketika mentadbir kerajaan sebelum diguling kumpulan penghianat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata dalam tempoh sesingkat itu, HARAPAN membuktikan kemampuannya mentadbir negara dengan baik namun musuh politik sering memomokkan rakyat kononnya menteri ketika itu gagal melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Saifuddin (Datuk Seri Saifuddin Nasution) selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berjaya mengawal harga barang. Jadi menteri hari ini kena belajar banyak dengan Saifuddin.

“Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Keluarga) perkenalkan Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) dan mengutamakan wanita serta golongan kurang upaya (OKU).

“Kejayaan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan juga membanggakan dengan pengenalan beberapa inisiatif,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Nasional ke-16 KEADILAN di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar turut menuntut semua ahli pimpinan mengambil iktibar supaya tidak terikut dengan sikap bekas pemimpin yang sanggup menjadi penghianat setelah dikaburi dengan tawaran kuasa dan pangkat.

Berlangsung selama tiga hari, kongres bertema ‘Menjulang Keadilan’ yang membuka tirainya semalam menerima kehadiran penuh, selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lalu akibat penularan Covid-19.


Pengarang :