Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga petrol RON97 turun 5 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Harga runcit bagi petrol RON97 turun lima sen seliter daripada RM4.80 kepada RM4.75 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 14 Julai hingga 20 Julai.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua bahan api itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Kementerian menjelaskan harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :