Malaysia mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala AFF Bawah 19 tahun (B-19) selepas menewaskan Timor Leste 4-3 pada aksi ketiga Kumpulan B di Jakarta pada 9 Julai 2022. Foto Facebook FAM
AGENDASUKANKINI

Harimau Muda layak separuh akhir Piala AFF bawah 19 tahun

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Malaysia mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala AFF Bawah 19 tahun (B-19) selepas menewaskan Timor Leste 4-3 pada aksi ketiga Kumpulan B di Jakarta, sebentar tadi.

Tiga mata diraih Harimau Muda memastikan kedudukan dua terbaik kumpulan B dengan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri, lapor portal Utusan Malaysia.

Malaysia akan menentang Laos pada aksi terakhir peringkat kumpulan 11 Julai yang ketika ini  menerajui kumpulan dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan bagi menentukan status juara.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Najmudin Akmal Kamal Akmal pada mninit kesembilan, Adam Farhan Faizal minit 15 dan 62 serta Aliff Izwan Yuslan minit 53.


Pengarang :