Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei (dua, kiri) bersama Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Zon 8 Billy Wong (kiri) meninjau kerja-kerja pemuliharaan mural oleh Ellie (dua, kanan) di Jalan SS 2/64, Petaling Jaya. Foto LIM YI WEI
ADNSELANGOR

Hasrat pelukis pulihara mural dapat sokongan wakil rakyat Kampung Tunku

SHAH ALAM, 4 JULAI : Hasrat pelukis mural Ellie memulihara lukisnya di pusat komersial SS2, Petaling Jaya mendapat sokongan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku.

Lim Yi Wei berkata Ellie dan pasukannya dijangka menyiapkan kerja-kerja pemulihan mural mereka dalam tempoh dua minggu sejak dimulakan awal bulan ini.

“Kami menyokong permintaan Ellie untuk memulihkan muralnya serta mengembangkan projek memulihara mural-mural sekitar pusat komersial SS2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 2 Julai, Yi Wei bersama Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Zon 8 Billy Wong melawat projek pemulihan mural yang sedang dijalankan Ellie di Jalan SS 2/64.

Mural Ellie dan mural-mural yang lain dilukis di pusat komesial SS2 sempena Pertandingan Seni Lukis Dinding “Bestnya Malaysiaku” anjuran mantan ADN Damansara Utama Yeo Bee Yin, MBPJ dan Street Art Movement pada 2015.

Ellie bersama pasukannya Deborah muncul johan pertandingan berkenaan yang dianjurkan untuk memberi wajah baru selain menggalakkan peniaga sekitar pusat komersial SS2 untuk menjaga kebersihan.

“Bagi mural yang lain, pihak kami sudah menghubungi pelukis asal dan ada yang memilih untuk membuat projek yang lain, ada juga berminat untuk terlibat semula,” katanya.

Mengulas lanjut, Yi Wei berkata pemilik premis di SS2 yang berminat dengan projek mural boleh hubungi talian 017-286 2950 sebelum lawatan tapak dilakukan untuk menentukan kesesuaian.

 


Pengarang :