Usahawan produk kesihatan dan kecantikan Norliza Aizul Zulkifli menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Eksekutif Hijrah Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor ketika Kembara Sukses Hijrah di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 8 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hijrah pelawa usahawan mohon i-Bisnes, peluang dapat modal niaga hingga RM50,000

SHAH ALAM, 13 JULAI: Usahawan berpeluang menerima modal perniagaan sehingga RM50,000 menerusi skim pembiayaan i-Bisnes bagi mengembangkan perniagaan.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berkata pembiayaan berkenaan terbuka kepada semua sektor perniagaan dan maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi www.hijrahselangor.com atau menghubungi 20 cawangannya.

Bagi urusan permohonan pula, Hijrah berkata ia boleh dilakukan secara dalam talian menerusi http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login

“i-Bisnes menawarkan modal perniagaan sehingga RM50,0000 bagi membantu para usahawan kecil dan sederhana mendapatkan modal pusingan perniagaan dengan syarat kelayakan dan dokumen permohonan yang mudah, cepat serta tidak membebankan,” katanya di Facebook.

Setakat April, seramai 2,299 usahawan mendapat pembiayaan berkenaan membabitkan dana berjumlah RM965,000.

Sebelum ini, RM120 juta diperuntuk menerusi Belanjawan Selangor 2022 khusus untuk pembiayaan kepada usahawan selain mewujudkan skim baharu bawah Hijrah yang menyediakan pinjaman sehingga RM100,000.

Selain i-Bisnes, Hijrah turut menawarkan Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim yang kesemuanya berfungsi memperkasa usahawan negeri.


Pengarang :